Dulu masa aku kecik2, zaman sekolah sekolah rendah nie. terfikir yg berlajar nie sgt menbosankan... terfikir kenapa la kita perlu berlajar, pergi sekolah, kena buat kerja rumah. kan bagus duduk rumah main jea...
Bila besar nie baru aku sedar yg pelajaran tu penting untuk hidup kita. Tanpa ilmu aku tidak kenal apa itu abc, apa itu tambah tolak darab bahagi. Kita kat sekolah berlajar ilmu hisab, membaca, fizik, bahasa lain, sains....
Dah masuk universiti, berlajar pula ilmu pengkhususan yg kita minta. Untuk kawan2 yang kurang bauk result dia. Ada yg nk sambung berlajar ataupun bekerja.
Bagi aku, aku respek dgn orang yg result x berapa nak ok masa spm tp. Semangat juga nak berlajar. Terdapat beberapa individu yg aku kenal mula dari bawah tapi berjaya malah lebih berjaya dari aku.
Di sini nak beritahu, kepada siapa supa yang ada kenalan atau sedara mara yg gagal dalam spm. Boleh mencuba beberapa kaedah untuk mendapat segulung diploma atau ijazah.
Kaedah 1: spm-> diploma -> ijazah
Kaedah ini sangat popular kepada mereka yg pandai dan bernasib baik.
Masa pengajian : 3 thn diploma 2-3 thn ijazah
Kaedah 2: spm-> matrikulasi->ijazah
Kaedah kedua ini untuk yg pandai semua subjek. Ada kekurangan dan kelebihan pada kaedah ini. Kelebihannya adalah masa berlajar yang cepat setahun dari kaedah 1. Kelemahannya pula ialah di matriks anda perlu berhempas pulas untuk dpt keputusan yang baik untuk menempatkan anda di universiti. Kepada yg kurang memuaskan pula terpaksa memilih khusus pembelajaran yang anda tidak minat atau kena meminta memasuki universiti untuk diploma dan menggunakan sijil spm anda.
Masa pengajian: 1thn matriks 3-4tahun ijazah
Kaedah 3: spm-> pra ijazah -> ijazah
Kaedah ketiga ini seperti kaedah ledua. Cums di kendalikan oleh universiti2. Subjek mereka lebih khusus kepada pangkhususan di universiti itu.
Masa pengajian: 1-2 thn pra ijazah dan 4 tahun ijazah
Kaedah ke empat: spm-> diploma(politeknik) -> ijazah
Politeknik juga adalah tempat pengajian yg diminati orang ramai kerana sesuai untuk mereka yang memiliki keputusan spm sederhana. Mereka memerlukan usaha yang lebih apabila memohon ijazah kerana istilah2 bahasa english diperlukan di peringkat ijazah.
Masa pengajian: diploma politeknik 3 tahun + ijazah 3-4 tahun
Kaedah ke lima: spm->pra diploma-> diploma->ijazah
Kaedah ini untuk mereka2 yang mempunyai keputusan kurang memuaskan. Lepas spm anda boleh meminta pra diploma, di mana ianya lebih kurang penyediaan ilmu asas untuk diploma.
Masa pengajian: 0.5-2thn pra diploma + 3 tahun diploma + 2-3 tahun ijazah.
Kaedah ke enam: spm->diploma(politech mara) -> ijazah
Di politech mara. Ada pengkhususan pelajaran yang di ambil dari diploma universiti untuk sesetengah pengkhususan. Subjek mata pelajaran, pemarkahan dan peperiksaan diambil seperti di universiti. Anda juga akan bergraduate di universiti seperti pelajar diploma universiti. Dengan ini anda senang untuk sambung berlajar di universiti ini.
Masa pengajian: 3 tahun diploma + 2-3 tahun ijazah
Kaedah ke tujuh: sijil-> diploma -> ijazah
Kaedah pengajian bermula dari sijil juga lebih kepada kerja praktikal. Mereka dari sijil ini mempunyai ilmu teknikal dam ilmu teori yg menonjol apabila di unversiti daripada org lain. M
Masa pengajian: 1-2 thn sijil + 3 tahun diploma + 2-3 tahun ijazah
Kesimpulannya: kita kenalah memberi semangat kepada diri sendiri dan org lain untuk sambung berlajar. Berlajarlah selagi kita mampu. Kerana ilmu akan terhenti bila kita maninggalkan dunia ini.
Tab 1
Tab 1 content.
Tab 2
Tab 2 content.
Tab 3
Tab 3 content.
Rabu, 4 Januari 2012
Rabu, 24 Ogos 2011
Kehidupan dan Wang a.k.a Duit
Semenjak kerja kilang nie, asyik dalam dilema jea. Dilema antara kehidupan dan wang.
bunyi macam pelik kan? tapi ini lah realiti kehidupan. untuk mendapat duit lebih, kita perlu korbankan kehidupan kita, masa kita. Orang tua tua kata, masa x boleh di beli dgn wang. Tapi kenapa kita gunakan masa kita untuk membeli wang?
wang bukanlah segala galanya, tapi segala galanya perlukan wang! ayat sentap untuk diri sendiri. Kalau gaji 4-5 ribu pun. kalau hidup pergi kerja, balik kerja tido, berbaloi kah? memang x jumpa orang dan dah tak macam orang dah.
Ini antara beberapa sebab aku rasa kenapa aku pilih kehidupan dari wang.
1. MasaDengan kerja 12 jam sehari, aku tak ada masa untuk kawan kawan, tak ada masa untuk keluarga. dan yang paling penting ialah takde masa untuk diri sendiri. Rasa macam dah jadi alien yang duduk di dalam dunia sendiri jea. Aku rindukan masa dengan kawan kawan dan sahabat aku. Apalah cerita diorang nie yea... hurmm
2. KesihatanSemenjak setahun bekerja Shift 12 jam nie, masa tido aku tak tentu, rasa2 kalau ada jam randik dalam badan nie, mau dah lama rosak kot. siang jadi malam dan malam jadi siang. Sebab tu la aku asyik sakit sakit jea. Ada la sahabat baik aku nie cakap aku dah terkena pencemaran elektronik. sebabnya, aku sentiasa berada kawasan yg mempunyai elektrostatik yang timggi. dan elektrostatik ini menarik debu2 di sekeliling dan menyumbat liang roma kita. dari itu maka terkumpullah toksik dalam badan kita nie. Dengan banyaknya toksik dalam badan kita maka sistem pertahanan dalam badan akan lemah. so senang lah kena penyakit...
Hebat tak teori sahabat aku nie? mcm tak percaya jea aku dengar.... hehehehe
3. Matlamat Hidup
Matlamat Hidup ini awal2 lg dah tuju pada kehidupan, sape yang tak nak cari duit kan? tp hidup nie kena la seimbang, tak mahu aku korban kan salah satu darinya. biar aku ada wang dan kehidupan. itu yang penting.
Kesimpulannya, kalau rasa cara yg di lakukan ini tak sesuai, apa salahnya mencari jalan dan kaedah yang lain kan? harap harap la di beri perluang dan kesempatan untuk memilih kehidupan yang lebih baik.... amin :)

Isnin, 24 Januari 2011
keajaiban
someone once said
that there are two way to live
living as if there are no miracles
and living as if everything is a miracles
ayat2 yg penuh bermakna, kalau di alih bahasakan
seseorg pernah berkata
ada dua cara untuk hidup
hidup seperti tidak akan ada keajaiban
dan hidup seperti semuanya adalah keajaiban
Jumaat, 31 Disember 2010
alhamdulillah 2010 asalamualaikum 2011
2010?? 2011?? apa tu?? hahahaha... xkisah la aku dalam tahun ke berapa pun... yg pahit aku jadikan pengajaran... yang manis aku bersyukur.... bg aku semua tahun adalah sama jea... yg penting bagaimana pandangan kita dalam hidup ini.... (bersyukur kerana masih di beri perluang untuk bernafas lagi)
Jumaat, 3 Disember 2010
Lawak ultraman
hahahaha... lawak betul arr.... menghiburkan aku di kala petang nie...
habis la jepun kalau ultraman jadi macam nie... rasa2 boleh masuk sarkas nie... hahaha
habis la jepun kalau ultraman jadi macam nie... rasa2 boleh masuk sarkas nie... hahaha
Aku nak Jadi Kaya!!!! lalalalala~~~~
wahh... ramai org nak jadi kaya kan? aku pun salah seorg yg tergolong dari golongan ini... kawan2! jgn salah anggap lak yea, ini bukan cerita MLM atau skim cepat kaya... aku x layan benda2 nie... ok lah.. kembali kepada cerita asal, sebenarnya nak cerita kat korg bahawa menjadi kaya adalah satu jihad.
Sabtu, 27 November 2010
Ku Mencari Keberkatan Dalam Hidup
Setelah dapat kerja nie, mula la nak mengidamkan kereta, mengidamkan handphone canggih, mengidamkan kemera DSLR dan Rumah.
Dan semuanya ada kaitan dengan duit kan? so aku mula la merajin2kan diri membaca buku merancang kewangan...dalam2 banyak tajuk yg di baca, tertarik dgn bab riba.
apa itu riba? jom kita study sikit pasal riba nie yerk.. sama2 lah mencari ilmu

Khamis, 25 November 2010
aku adalah aku
pesanan untuk diri sendiri
~~berani untuk mengaku kesilapan dan bersedia menerima akibatnya adalah jalan aku untuk memajukan diri, bukan bersembunyi dan menyalahkan org lain, kerana setiap kesilapan yang dijadikan pengajar akan menjadikan aku lebih matang~~

Isnin, 15 November 2010
semoga cepat sembuh!!!
sempena sekarang ini musim selsema batuk dan demam, aku nak ucapkan semoga cepat sembuh kepada rakan2... jagalah kesihatan tu elok elok yea, kepada yang susah nak makan ubat tu.. ingatlah pada yang tersayang k... yang tersayang tu bukan sahaja pakwe/makwe jea... boleh di kira keluarga sekali... kepada pembenci makan ubat tu, korang jgnlah nak berdolak dalih bagi 1001 alasan kenapa tidak perlukan ubat, kalau dah sakit tu buat cara sakit n kena juga makan ubat dan makan ikut peraturan
di kesempatan ini aku hadiahkan korang satu game flash ini supaya korang bersemangat lagi untuk cepat sembuh!!!
Khamis, 11 November 2010
ikhlasnya bekerja
dah sebulan aku bekerja sebagai engineer. mcm2 pengalaman yg menarik yg aku dapat. rasa mcm mana kerja 12jam sehari, rasa mcm mana kerja 2 shift nie ( sampai demam n batuk dibuatnya), rasa mcm mana kerja 4 hari dan 2 hari cuti. semua nie berbeza dengan waktu berlajar dulu.
dalam masa sebulan nie lah aku berlajar bahawa kerja tanpa matlamat dan niat yg ikhlas akan membuat kita malas dan cepat bosan. aku ada terbaca satu blog nie, ayat dia mcm nie:
dalam masa sebulan nie lah aku berlajar bahawa kerja tanpa matlamat dan niat yg ikhlas akan membuat kita malas dan cepat bosan. aku ada terbaca satu blog nie, ayat dia mcm nie:
Isnin, 8 November 2010
Grow valley
ini adalah percubaan pertama meletakan game flash ke dalam blog aku...
sebenarnya game nie sangat menarik kerana berdasarkan logik dan try n error...
harap korang enjoy main game nie k
Ahad, 7 November 2010
kisah tujuh ekor sapi gemuk dan tujuh tangkai gandum

Di zaman dahulu, Raja mesir telah bermimpi melihat 7 ekor sapi yang gemuk-gemuk di makan oleh 7 ekor sapi yang kurus dan juga tujuh tangkai gandum yang hijau serta tujuh tangkai gandum yang kering.
Raja mesir ingin mengetahui apakah makna ataupun tafsiran dari mimpinya itu. khabar raja mesir yang ingin mengetahui tafsiran mimpi itu sampai kepada seorang pelayan istana yang pernah bersama nabi yusuf di dalam penjara. Nabi Yusuf mempunyai dua kelebihan, yang pertama mempunyai wajah yang tampan dan yang ke dua adalah kelebihan beliau menafsir mimpi seseorang. pelayan istana itu pernah di penjarakan kerana fitnah, dan pernah meminta nabi yusuf menafsir mimpinya yang bermimpi memerah anggur dan tafsiran dari mimpinya ada lah dia akan di bebaskan dari penjara. lalu dia pun bertanyakan tafsiran mimpi itu dengan nabi yusuf yang masih di penjara.
Sabtu, 23 Oktober 2010
kisah cinta

cinta??? wah wah wah... korg pernah bercinta x? best x bercinta? mesti ada yg manis ngan pahit dalam memory korg kan? korang mesti ada kisah cinta masing masing. lagi2 masa cinta pertama korg, sangat hijau dan dalam hati ada taman bunga! betul x? hahaha... mesti ada yang tersenyum2 nie...
cuba korang ingat balik masa masa ini yerk...
Khamis, 21 Oktober 2010
ilusi optik -shady oval-
terima kasih ke atas sokongan anda kepada blog saya..
sebagai tanda menghargai, di sini di letakkan satu video mengenai ilusi optik!!!
sangat menarik, hope korang enjoy k
sebagai tanda menghargai, di sini di letakkan satu video mengenai ilusi optik!!!
sangat menarik, hope korang enjoy k
Selasa, 19 Oktober 2010
wanita VS lelaki (perangai) -2/2-

Gerak hati
wanita adalah lebih tajam daripada lelaki. Jadi para suami mesti ingat, jangan cuba membohongi pasangan. sesungguhnya mereka mempunyai deria ke enam!!!
tentang gerak hati, ini adalah kelebihan wanita, kerana mereka lebih cenderung kepada kasih sayang dan amat sensitif dengan keadaan sekeliling. jika ada sedikit perubahan sikap pun mereka pasti dapat mengetahuinya.
menghadapi masalah
-wanita apabila risau atau mengalami ketegangan, akan menceritakan masalahnya kepada orang lain.
-lelaki, mereka lebih kerap mendiamkan diri apabila bermasalah. ini kerana mereka seboleh bolehnya akan menyelesaikan masalah itu sendiri.
boleh dilihat sebagai lelaki, kenalah menjadi pendengar yg setia kepada masalah mereka, walaupun merasakan perkara itu remeh tapi kenalah menunjukkan minat kepada masalah yg mereka luahkan. Dengan ini, wanita kan menghargai anda. Bagi wanita pula, jika lelaki tidak mahu menceritakan masalah mereka, janganlah dipaksa paksa untuk mengetahuinya. kerana bagi lelaki, tidak mendapat menyelesaikan masalah merendahkan ego mereka. seboleh bolehnya tunggulah lelaki sendiri yang meberitahu apa masalah mereka.

wanita VS lelaki (perangai) -1/2-

dah lama tak tulis dalam blog nie... maaf yerk... bz dgn alam pekerjaan yg baru ( sampai demam2 dibuatnya)
topik nie berkaitan dengan lelaki dan wanita.... apa bezanya perangai lelaki dan wanita nie yerk?
1. tegur menegur
-wanita kalau ada yg x kena pada pasangan dia, pasti akan menegur pasangannya... ada sahaja yg hendak ditegurnya walaupun perkara kecil sekalipun. contohnya memakai baju kedut
-lelaki pula hanya akan menegur pasangannya apabila pasangannya agak keterlaluan, contohnya memakai pakaian yg ketat atau melampau pasti akan menegurnya.
kesimpulannya.. wanita kena la menegur tu cara yg halus atau baik, jgn la menegur x kira masa dan tempat. cari masa yg sesuai contohnya bukan di depan rakan2nya, bukan masa moodnya tidak baik, kerana takut jadinya. lagi satu, kurangkanlah teguran tu... jangan la banyak2 yea.. kerana lelaki ada egonya. jgn sampai lelaki bosan dgn anda dan mula mencari yg lain. untuk lelaki pula, kena la terima teguran tu dgn hati yg terbuka.. kalau x dapat ubah sepernuhnya, ubah la sikit2.. wanita menegur nie ntuk kebaikan kita. kita ikut bukan kerana wanita itu queen control, tapi untuk memperbaiki diri sendiri. kalau rasa teguran mereka salah, janganlah ikut pula k.
Khamis, 14 Oktober 2010
Siapakah Maher Zain?

siapa yg x kenal siapa maher zain nie??? rasa2 kebanyakkan kenal siapa beliau...
nie nak citer sikit latar belakar dia... org kata klu x kenal maka tak cinta!!!
maher zain nie lahir tahun 1982, kira tua 4 tahun dari aku.. so kena panggil bro zain!! :p album pertama beliau adalah 'Thank You Allah' yg mempunyai 13 buah lagu dan 2 lagu bonus yg telah di lancarkan pada 1 November 2009. lagu beliau sangat di kenali di dalam youtube sehinggakan 4 juta kali di tonton... hebat kan?
Rabu, 13 Oktober 2010
ini bukan charlie angel tapi charlie devil!!!
nak cerita kat kawan2 yg tak pernah lihat kumbang ini, kumbang ini pernah menghantui hidup ku selama 1 stgh tahun ketika aku berlajar kat UiTM Pematang Pauh dahulu.. dimana aku berada di situ lah kumbang ini merayap... tapi nasib baik x pernah kena kat muka... ini antara fakta2 menarik tentang kumbang ini!!!

Pernah tgk x haiwan nie? nie nama dia charlie ataupun kumbang rove. haiwan ini Mempunyai saiz kurang daripada 1 cm panjang. Badannya berwarna kuning kemerahan gelap manakala bahagian atas, bawah abdomen dan kepala berwarna gelap.
Rabu, 6 Oktober 2010
geramnya aku tgk si kecil nie!!!!

korg pernah tgk menatang nie x? nie la nama dia sugar glider....
aku jumpa menatang nie kat uptown shah alam... ada mamat nie dok main natang nie. sgt comel dan manja...
ada gak pasang niat nak membela natang nie.... survey2 harga dia, mak aii sekor harga dia rm200++!!!
terus niat terbantut nak membela. mahal sgt lorr... tapi kalau korang ada membela dan ada lebih anak2 dia, buat la amal jariah bg kat aku yerk...
aku terimanya dengan hati terbuka, tangan sedepa dan senyuman sampai ke telinga!!!
nie serba sedikit maklumat pasal sugar glider nie,
Ahad, 3 Oktober 2010
pentingnya wanita tahu memasak!

nenek nie xde kaitan apa pun dalam penulisan ini :)
ari nie ada terbaca link nie kat fb member aku, link pasal salahkah wanita tak tahu memasak. korg boleh baca kat link nie:
http://www.iluvislam.com/inspirasi/motivasi/856-salahkah-wanita-tak-tahu-memasak.html#addcomments
bg pendapat aku la, perempuan kena la pandai memasak. tp takde la sehandal tukang masak kat hotel2 or kedai2 mkn kat luar tu. cukup lah untuk mengenyangkan perut dan ada rasanya.
Langgan:
Catatan (Atom)