Tab 1

Tab 1 content.

Tab 2

Tab 2 content.

Tab 3

Tab 3 content.

Rabu, 6 Oktober 2010

geramnya aku tgk si kecil nie!!!!





korg pernah tgk menatang nie x? nie la nama dia sugar glider....

aku jumpa menatang nie kat uptown shah alam... ada mamat nie dok main natang nie. sgt comel dan manja...

ada gak pasang niat nak membela natang nie.... survey2 harga dia, mak aii sekor harga dia rm200++!!!

terus niat terbantut nak membela. mahal sgt lorr... tapi kalau korang ada membela dan ada lebih anak2 dia, buat la amal jariah bg kat aku yerk...

aku terimanya dengan hati terbuka, tangan sedepa dan senyuman sampai ke telinga!!!

nie serba sedikit maklumat pasal sugar glider nie,


asal usul

Sugar glider merupakan haiwan marsupial kecil yang berasal dari Australia, Papua New Guinea dan Indonesia. Mereka adalah haiwan yang hidup secara berkoloni. Di dalam hutan, mereka tinggal dalam koloni lebih kurang 10-15 ekor.

Diorg ni bukan adik beradik tupai tapi, diorg adik beradik kangaroo, dia ade kantung kat perut dia mcm kangaroo. Mereka juga merupakan haiwan malam yang akan menghabiskan masa siangnya untuk tidur dan berjaga diwaktu malam untuk mencari makanan dan aktif sehingga awal pagi. Tapi kalau korg train dia bangun siang dan tidur malam, lama2 dia boleh adapt dgn environment tu.


Sugar glider adalah haiwan peliharaan eksotik dikebanyakan negara sekarang. Mereka sangat berbeza dengan haiwan domestik lain seperti hamster dan tikus. Mereka mempunyai personaliti tersendiri, mood, sensitif dan merupakan haiwan yang istimewa dan bijak dalam saiz yang kecil.

Kerap disalah tanggap sebagi tupai terbang, sugar lider boleh dipelihara dengan mudah atau susah bergantung kepada tahap pengetahuan anda mengenainya. Penjagaan umum mereka memerlukan lebih banyak perhatian dan interaksi dengan manusia. Bayangkan kerenah seorang kanak-kanak berusia 3 tahun yang memerlukan banyak perhatian serta kadang-kadang manja dan kadang-kadang menjengkilkan, begitulah hampirnya persamaan penjagaan sugar glider yang sebenarnya.

Oleh kerana sugar glider haiwan berkoloni, mereka biasa hidup berkawan. Jika dipelihara secara individu dan tidak mendapat perhatian yang sepenuhnya, mereka boleh mati kesunyian. Tetapi dengan penjagaan yang betul dari segi diet, interaksi dan keseluruhan, mereka boleh hidup sehingga 10-15 tahun lamanya.

Memang disuggest utk pelihara sepasang, tapi kalau nak pelihara seekor pon boleh. Janji korg kena luang mase dgn dia. Dia ni juga dikenali sbg pocket pet, sbb korg leh simpan dia dlm pocket korg sambli bwk jalan2. biarkan dia tidur dlm poket korg pon dikira sbg luang mase dgn diorg.

Dia makan buah dan ulat yg boleh dibeli kat kedai ikan tu. ala, ulat kecik2 tu. Maintenance dia aku rase tak semahal hamster atau guinea pig sbb korg cuma perlu beli ulat dan buah.

3 ulasan:

  1. ciko! anak buah saya. heheh. saya mak long kepada binatang comel ni. dulu dekat rumah sewa ada sorang housemate bela. comel sangat. tapi malam-malam dia suka buat bising. bila kena tiup, nanti dia bunyi2. rasa nak lempang je. haha. suka kacau-kacau dia. lepas tu dia suka buat muka tak paham. omg. rindu budak kecik ni lah. =)

    BalasPadam
  2. tanyakan la kat member tu... ada x bby dia... nak!!!

    BalasPadam
  3. anak rasanya tak ada. ciko tu pemalu. lepas tu duduk sekor2 dalam sangkar. macam anak dara. mana ada binatang lain nak kat dia. haha. (ampun mama ciko). tapi haritu dia nak bagi ciko dekat orang sebab dah tak sempat nak jaga. lambatlah. kalau tak boleh mintak je dari dia. =p

    BalasPadam