Tab 1

Tab 1 content.

Tab 2

Tab 2 content.

Tab 3

Tab 3 content.

Rabu, 13 Oktober 2010

ini bukan charlie angel tapi charlie devil!!!

nak cerita kat kawan2 yg tak pernah lihat kumbang ini, kumbang ini pernah menghantui hidup ku selama 1 stgh tahun ketika aku berlajar kat UiTM Pematang Pauh dahulu.. dimana aku berada di situ lah kumbang ini merayap... tapi nasib baik x pernah kena kat muka... ini antara fakta2 menarik tentang kumbang ini!!!




Pernah tgk x haiwan nie? nie nama dia charlie ataupun kumbang rove. haiwan ini Mempunyai saiz kurang daripada 1 cm panjang. Badannya berwarna kuning kemerahan gelap manakala bahagian atas, bawah abdomen dan kepala berwarna gelap.



kenapa dipanggil devil?



sebabnya cecair hemolimf yang terdapat di dalam badan (kecuali sayap) kumbang ini mengandungi toksin sentuh haiwan yang paling berbisa di dunia. Toksin ini dikenali sebagai 'pederin'. Ia mempunyai tahap keracunan 12 kali lebih tinggi daripada venom ular tedung. Kumbang rove yang telah dikeringkan dan disimpan selama 8 tahun masih lagi mempunyai ketoksinannya. Persentuhan dengan kumbang ini semasa bergerak atau tidur, menghancurkannya pada badan atau mengosok dengan jari yang kotor akan menyebabkan konjunktivitis dan penyakit kulit yang teruk kadang2 kumbang ini sengaja meninggalkan toksinnya pada bantal dan tilam.... masa nak tido dah check dah haiwan nie takde. tapi esok pagi kelihatan kesan laluan dia di kaki, badan, tangan dan paling teruk di muka.. sape kena kat muka tu sgtlah sedih.... ada gak kadang2 tgk org yg kena kat muka nie dah macam lanun dah... ganas giler kot... wahahaha...


pernah sekali tu tgh usha awek tu, pandang dari sebelah dah cun giler dah... siap hati terpaut... sekali dia toleh... huhuhu hanya tuhan sahaja yg tahu perasaan tu mcm mana... ada rasa nak gugur jantung jea.... kenang2 balik ada rasa nak tergelak gak :p


antara cerita lain tentang aku dan charlie ini, pernah sekali kena dekat bahagian depan leher.. so kalau pergi kelas kompem orang perasan kan? kenapa menarik yea... sebabnya... mati mati kawan2 ingat nie luv bite betul2... dah la kesan dia seminggu baru hilang... semua member bertanyakan pasal "luv bite nie" x tahu dah nak menjawab apa dah. lagi penambah perisanya... kebetulan minggu tu balik kg, balik2 jea mak dah tanya... nie luv bite ke? jgn la buat benda bukan2... oh sedih kot...

lagi satu pengalaman yg tak dapat di lupakan adalah termakan charlie nie!!!! kisah dia bermula bergini, di pematang pauh ada satu kedai makan yg sangat sedap dan sgt lah murah!!!! n brader tokey kedai tu sgt la rapat ngan kitorg... kira setiap hari la mkn mlm kat kedai dia tu.... nama kedai tu ialah TOM YAM NEVER DIE. stylo x nama kedai dia? hahaha... nak di jadikan cerita, ari tu minta la nasi putih, telur dadar dan ayam black paper (makanan kegemaran ku.. kat sini pun xde sape leh masak sesedap itu). punya la selera makan... x perasan lak yg charlie nie terjatuh kat dalam nasi putih tu... sekali ngap juga la... masa kunyah tu ada la rasa semacam jea.. rasa macam bisa2 dia kot... lepas tu... balik... tido. esok paginya, perut memulas x terkira.. ada la 2 hari sakit perut... kena minum air banyak2...

lagi fakta menarik tentang kumbang ini adalah... sifat pendendamnya!! hahaha …. mcm tak percaya jea kan?? tapi serius betul..

kenapa pendendam? sebabnya, bila kita bunuh seekor haiwan ini. maka datanglah kawan2nya menyerang kawasan itu dengan dahsyatnya... antara mitos2 yg diterima pakai adallah sebelum kumbang ini mati. dia akan meninggalkan bau @ signal kepada rakan2nya bahawa dia dah mati... jadi untuk menencegah bagi mengelak perkara ini adalah dengan menggunakan pita pelekat pada kumbang ini di dinding dan biarkan ia mati secara naturalnya...

Habitat charlie

kumbang nie sangat terkenal di bahagian utara, sebabnya Kumbang ini boleh ditemui di kawasan sawah padi, padang sekolah - antara rumput dll. Ia merupakan serangga karnivor dan memakan lain-lain serangga yang lebih kecil. Ia merupakan serangga yang memainkan peranan penting dalam kawalan biology untuk mengawal serangga perosak padi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan