Tab 1

Tab 1 content.

Tab 2

Tab 2 content.

Tab 3

Tab 3 content.

Isnin, 24 Januari 2011

keajaiban

someone once said
that there are two way to live
living as if there are no miracles
and living as if everything is a miracles
ayat2 yg penuh bermakna, kalau di alih bahasakan
seseorg pernah berkata
ada dua cara untuk hidup
hidup seperti tidak akan ada keajaiban
dan hidup seperti semuanya adalah keajaiban



percaya atau tidak bg aku, aku pilih pilihan ke dua. kerana bagi aku semua adalah keajaiban.
keajaiban bagaimana kita di lahirkan
keajaiban bagaimana kita boleh berjalan
keajaiban adanya siang dan malam
keajaiban di mana awan itu berarak
keajaiban di mana ada graviti

ada juga keajaiban yg penting seperti
keajaban kita bertemu sahabat baik
keajaiban bertemu pilihan hati
keajaiban kita sebagai khalifah


hidup nie telah di tentukan olehNYA
dan terpulang kepada kita untuk usaha untuk berjaya
bagaimana nak merasai dan menghargai manis jika tidak merasa pahitnya dulu
bagaimana nak merasa tingginya gunung jika tidak mendakinya
bergitu jugalah kehidupan ini, jika kita tidak berusaha bagaimana nak berjaya.
jangan sesekali kita menyerah kalah dan menyalahkan takdir
menyalahkan kita tidak di lahirkan sebagai org kaya
tidak dilahirkan di dalam golongan bangsawan

kerana pokok yg besar dan tinggi mencapai itu takkan berdiri lama jika tiada akar yang kukuh
bergitulah juga kehidupan dan kejayaan, tanpa rasa susah dan usaha... sekali musibah mendatang, kita pasti akan tumbang. jadi kenalah ada akar yang kukuh iaitu ilmu yg mendalam, persiapan mental yg mantap dan percaya ketentuannya. segala kejadian ada hikmahnya.

jadi hiduplah dengan merasai semuanya adalah keajaiban! kerana keajaiban adalah indah!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan