Tab 1

Tab 1 content.

Tab 2

Tab 2 content.

Tab 3

Tab 3 content.

Rabu, 4 Januari 2012

Berlajar Dan Masih Berlajar

Dulu masa aku kecik2, zaman sekolah sekolah rendah nie. terfikir yg berlajar nie sgt menbosankan... terfikir kenapa la kita perlu berlajar, pergi sekolah, kena buat kerja rumah. kan bagus duduk rumah main jea...

Bila besar nie baru aku sedar yg pelajaran tu penting untuk hidup kita. Tanpa ilmu aku tidak kenal apa itu abc, apa itu tambah tolak darab bahagi. Kita kat sekolah berlajar ilmu hisab, membaca, fizik, bahasa lain, sains....


Dah masuk universiti, berlajar pula ilmu pengkhususan yg kita minta. Untuk kawan2 yang kurang bauk result dia. Ada yg nk sambung berlajar ataupun bekerja.

Bagi aku, aku respek dgn orang yg result x berapa nak ok masa spm tp. Semangat juga nak berlajar. Terdapat beberapa individu yg aku kenal mula dari bawah tapi berjaya malah lebih berjaya dari aku.

Di sini nak beritahu, kepada siapa supa yang ada kenalan atau sedara mara yg gagal dalam spm. Boleh mencuba beberapa kaedah untuk mendapat segulung diploma atau ijazah.



Kaedah 1: spm-> diploma -> ijazah

Kaedah ini sangat popular kepada mereka yg pandai dan bernasib baik.

Masa pengajian : 3 thn diploma 2-3 thn ijazah

Kaedah 2: spm-> matrikulasi->ijazah

Kaedah kedua ini untuk yg pandai semua subjek. Ada kekurangan dan kelebihan pada kaedah ini. Kelebihannya adalah masa berlajar yang cepat setahun dari kaedah 1. Kelemahannya pula ialah di matriks anda perlu berhempas pulas untuk dpt keputusan yang baik untuk menempatkan anda di universiti. Kepada yg kurang memuaskan pula terpaksa memilih khusus pembelajaran yang anda tidak minat atau kena meminta memasuki universiti untuk diploma dan menggunakan sijil spm anda.

Masa pengajian: 1thn matriks 3-4tahun ijazah

Kaedah 3: spm-> pra ijazah -> ijazah

Kaedah ketiga ini seperti kaedah ledua. Cums di kendalikan oleh universiti2. Subjek mereka lebih khusus kepada pangkhususan di universiti itu.

Masa pengajian: 1-2 thn pra ijazah dan 4 tahun ijazah

Kaedah ke empat: spm-> diploma(politeknik) -> ijazah

Politeknik juga adalah tempat pengajian yg diminati orang ramai kerana sesuai untuk mereka yang memiliki keputusan spm sederhana. Mereka memerlukan usaha yang lebih apabila memohon ijazah kerana istilah2 bahasa english diperlukan di peringkat ijazah.

Masa pengajian: diploma politeknik 3 tahun + ijazah 3-4 tahun


Kaedah ke lima: spm->pra diploma-> diploma->ijazah

Kaedah ini untuk mereka2 yang mempunyai keputusan kurang memuaskan. Lepas spm anda boleh meminta pra diploma, di mana ianya lebih kurang penyediaan ilmu asas untuk diploma.

Masa pengajian: 0.5-2thn pra diploma + 3 tahun diploma + 2-3 tahun ijazah.

Kaedah ke enam: spm->diploma(politech mara) -> ijazah

Di politech mara. Ada pengkhususan pelajaran yang di ambil dari diploma universiti untuk sesetengah pengkhususan. Subjek mata pelajaran, pemarkahan dan peperiksaan diambil seperti di universiti. Anda juga akan bergraduate di universiti seperti pelajar diploma universiti. Dengan ini anda senang untuk sambung berlajar di universiti ini.

Masa pengajian: 3 tahun diploma + 2-3 tahun ijazah


Kaedah ke tujuh: sijil-> diploma -> ijazah

Kaedah pengajian bermula dari sijil juga lebih kepada kerja praktikal. Mereka dari sijil ini mempunyai ilmu teknikal dam ilmu teori yg menonjol apabila di unversiti daripada org lain. M

Masa pengajian: 1-2 thn sijil + 3 tahun diploma + 2-3 tahun ijazah

Kesimpulannya: kita kenalah memberi semangat kepada diri sendiri dan org lain untuk sambung berlajar. Berlajarlah selagi kita mampu. Kerana ilmu akan terhenti bila kita maninggalkan dunia ini.

Rabu, 24 Ogos 2011

Kehidupan dan Wang a.k.a Duit

Semenjak kerja kilang nie, asyik dalam dilema jea. Dilema antara kehidupan dan wang.

bunyi macam pelik kan? tapi ini lah realiti kehidupan. untuk mendapat duit lebih, kita perlu korbankan kehidupan kita, masa kita. Orang tua tua kata, masa x boleh di beli dgn wang. Tapi kenapa kita gunakan masa kita untuk membeli wang?



wang bukanlah segala galanya, tapi segala galanya perlukan wang! ayat sentap untuk diri sendiri. Kalau gaji 4-5 ribu pun. kalau hidup pergi kerja, balik kerja tido, berbaloi kah? memang x jumpa orang dan dah tak macam orang dah.

Ini antara beberapa sebab aku rasa kenapa aku pilih kehidupan dari wang.

1. MasaDengan kerja 12 jam sehari, aku tak ada masa untuk kawan kawan, tak ada masa untuk keluarga. dan yang paling penting ialah takde masa untuk diri sendiri. Rasa macam dah jadi alien yang duduk di dalam dunia sendiri jea. Aku rindukan masa dengan kawan kawan dan sahabat aku. Apalah cerita diorang nie yea... hurmm

2. KesihatanSemenjak setahun bekerja Shift 12 jam nie, masa tido aku tak tentu, rasa2 kalau ada jam randik dalam badan nie, mau dah lama rosak kot. siang jadi malam dan malam jadi siang. Sebab tu la aku asyik sakit sakit jea. Ada la sahabat baik aku nie cakap aku dah terkena pencemaran elektronik. sebabnya, aku sentiasa berada kawasan yg mempunyai elektrostatik yang timggi. dan elektrostatik ini menarik debu2 di sekeliling dan menyumbat liang roma kita. dari itu maka terkumpullah toksik dalam badan kita nie. Dengan banyaknya toksik dalam badan kita maka sistem pertahanan dalam badan akan lemah. so senang lah kena penyakit...
Hebat tak teori sahabat aku nie? mcm tak percaya jea aku dengar.... hehehehe

3. Matlamat Hidup
Matlamat Hidup ini awal2 lg dah tuju pada kehidupan, sape yang tak nak cari duit kan? tp hidup nie kena la seimbang, tak mahu aku korban kan salah satu darinya. biar aku ada wang dan kehidupan. itu yang penting.

Kesimpulannya, kalau rasa cara yg di lakukan ini tak sesuai, apa salahnya mencari jalan dan kaedah yang lain kan? harap harap la di beri perluang dan kesempatan untuk memilih kehidupan yang lebih baik.... amin :)

Isnin, 24 Januari 2011

keajaiban

someone once said
that there are two way to live
living as if there are no miracles
and living as if everything is a miracles
ayat2 yg penuh bermakna, kalau di alih bahasakan
seseorg pernah berkata
ada dua cara untuk hidup
hidup seperti tidak akan ada keajaiban
dan hidup seperti semuanya adalah keajaiban

Jumaat, 31 Disember 2010

alhamdulillah 2010 asalamualaikum 2011

‎2010?? 2011?? apa tu?? hahahaha... xkisah la aku dalam tahun ke berapa pun... yg pahit aku jadikan pengajaran... yang manis aku bersyukur.... bg aku semua tahun adalah sama jea... yg penting bagaimana pandangan kita dalam hidup ini.... (bersyukur kerana masih di beri perluang untuk bernafas lagi)


Jumaat, 3 Disember 2010

Lawak ultraman

hahahaha... lawak betul arr.... menghiburkan aku di kala petang nie...

habis la jepun kalau ultraman jadi macam nie... rasa2 boleh masuk sarkas nie... hahaha