Tab 1

Tab 1 content.

Tab 2

Tab 2 content.

Tab 3

Tab 3 content.

Jumaat, 3 Disember 2010

Aku nak Jadi Kaya!!!! lalalalala~~~~

Pakcik KAYA!!!!!!!!!!!!!!!!!!



wahh... ramai org nak jadi kaya kan? aku pun salah seorg yg tergolong dari golongan ini... kawan2! jgn salah anggap lak yea, ini bukan cerita MLM atau skim cepat kaya... aku x layan benda2 nie... ok lah.. kembali kepada cerita asal, sebenarnya nak cerita kat korg bahawa menjadi kaya adalah satu jihad. 




dari pemahaman aku la, menjadi kaya adalah salah satu perkara penting dalam menegakkan islam... kita sebagai org islam tidak boleh mundur ke belakang.. jihad ekonomi menuntut kita menjadi kaya dan menjadikan kekayaan itu untuk menegakkan islam. kena la ingat yg cara hidup org islam terdahulu adalah menjadi usahawan! Nabi Muhammad S.A.W juga seorang saudagar yang hebat! Siti Khadijah adalah antara perniaga terkaya di kota mekah!

Penting ke jadi kaya? penting ke duit2 nie? nak buat apa duit banyak2? kekayaankan mengalpakan, membuat org rasa bongkak, gila kuasa, dan perkara2 negetif yang lain... itu pandangan negetif bagi pendapat aku, sebabnya kita kenalah melihat kekayaan sebagai sesuatu yg penting dalam menegakkan islam!

kerana kita miskin, kita terdedah dengan:
  • bahaya kepada akidah
  • bahaya kepada akhlak
  • bahaya kepada akal
  • bahaya kepada keturunan
  • dan bahaya kepada negara
sebab miskinlah kita ketinggalan terhadap ilmu, dilanda krisis keruntuhan akhlak, mendatangkan masalah rasuah. semua ini menjadi punca kepada keruntuhan masyarakat kita di zaman sekarang. kita ketinggalan dari sudut material iaitu soal ekonomi. saing, teknologi dan sosiobudaya kita sendiri.

Jad, kita kenalah menjadi kaya!!! oooppss.... kaya? nanti dulu... sabar2 k, kalau nak kaya pun kena lah ingat kaya material nie kenalah berlandaskan atas spiritual dan rohani yg betul, korg x boleh hanyut dengan kelalaian dunia sebab kaya.

kenapa kita kena jadi kaya?

dengan jadi kaya nie, kita dapat pertahankan diri kita. apa yang nak kena pertahankan yerk? sebenarnya ada 5 perkara yang kita kena pertahankan oleh para ulama yang wajib dalam islam untuk pastikan kita tidak tergugat. 5 perkara itu adalah:-
  • mempertahankan akidah
  • mempertahankan nyawa
  • mempertahankan akal dan intelek
  • mempertahankan harta
  • dan mempertahankan keturunan
sebagai org islam, kita janganlah terpengaruh dengan pemahaman materialisme pula. materialisme? apa benda tu? kalau nak tau, itu adalah pemahaman mengejar kekayaan semata mata tanpa pikir halal ke haram ke rasuah ke.. janji aku kaya... yahuuu.... kaya tiket ke neraka... ahaks... 

Islam sendiri dah bg garis panduan lengkap macam mana nak jadi kaya. nak jadi kaya nie kenalah menjaga nilai dan akhlak sebagai org islam. kita kenalah ambil tahu pasal halal dan haram, kejujuran dan ketelusan, amanah, kesopanan dan adab.

kesimpulannya.. tak salah kalau kita nak jadi kaya, kerana menjadi kaya adalah satu jihad. tapi kenalah ikut panduan dan garisan yg di tetapkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan