Tab 1

Tab 1 content.

Tab 2

Tab 2 content.

Tab 3

Tab 3 content.

Ahad, 7 November 2010

kisah tujuh ekor sapi gemuk dan tujuh tangkai gandum






Di zaman dahulu, Raja mesir telah bermimpi melihat 7 ekor sapi yang gemuk-gemuk di makan oleh 7 ekor sapi yang kurus dan juga tujuh tangkai gandum yang hijau serta tujuh tangkai gandum yang kering.


Raja mesir ingin mengetahui apakah makna ataupun tafsiran dari mimpinya itu. khabar raja mesir yang ingin mengetahui tafsiran mimpi itu sampai kepada seorang pelayan istana yang pernah bersama nabi yusuf di dalam penjara. Nabi Yusuf mempunyai dua kelebihan, yang pertama mempunyai wajah yang tampan dan yang ke dua adalah kelebihan beliau menafsir mimpi seseorang. pelayan istana itu pernah di penjarakan kerana fitnah, dan pernah meminta nabi yusuf menafsir mimpinya yang bermimpi memerah anggur dan tafsiran dari mimpinya ada lah dia akan di bebaskan dari penjara. lalu dia pun bertanyakan tafsiran mimpi itu dengan nabi yusuf yang masih di penjara.



nabi yusuf pun menjawab,

"hendaklah kamu menanam bersungguh-sungguh tujuh tahun berturut-turut, kemudian apa yang kamu ketam biarkanlah dia pada tangkai tangkainya kecuali sedikit dari bahagian yang kamu jadikan untuk makan."

"kemudian akan datang selepas tempoh itu, tujuh tahun kemarau yang besar, yang akan menghabiskan makanan yang kamu sediakan baginya; kecuali sedikit dari apa yang kamu simpan ( untuk dijadikan benih)," sambung nabi yusuf lagi.

"kemudian akan datang pula sesudah itu tahun yang padanya orang ramai beroleh rahmat hujan, dan padanya mereka dapat memerah (hasil anggur, zaitun dan sebagainya)." kata nabi yusuf lagi sebagai penamat tafsiran mimpi itu.

pentafafsiran mimpi itu sampai kepada raja mesir, lantas beliau pun berjumpa dengan nabi Yusuf bagi mengetahui kenapa manusia yang pintar seperti baginda dimasukkan di dalam penjara. selepas Nabi yusuf menceritakan kisah silamnya, lalu baginda dibebaskan dan dilantik sebagai menteri kewangan mesir bagi menguruskan ekonomi negara.

Pengurusan kewangan dan islam

"hendaklah kamu menanam bersungguh-sungguh tujuh tahun berturut-turut, kemudian apa yang kamu ketam biarkanlah dia pada tangkai tangkainya kecuali sedikit dari bahagian yang kamu jadikan untuk makan."
(surah yusuf: 47)

Gaji dah masuk?? wahh!!! jom enjoy!!!
ehh... ehh.. nanti dulu kawan!! jangan berbelanja dulu, kena ada perancangan kewangan dulu kawan. surah yusuf memberikan pertunjuk penting bagaimana untuk menguruskan kewangan:

1. menanam bersungguh-sungguh tujuh tahun berturut-turut
kita kenalah bekerja bersungguh-sungguh dengan amanah dan tanggungjawab yg diberi, dan bekerjalah dengan niat kerana Allah S.W.T untuk mendapat keberkatannya.

2.kemudian apa yang kamu ketam biarkanlah dia pada tangkai-tangkainya, kecuali sedikit dari bahagian dari bahagian yang kamu jadikan untuk makan
bila dapat gaji tu, sebahagian besar kena simpan terlebih dahulu dalam bentuk aset.
lepastu berbelanjalah... bukan berbelanja dahulu kemudian menyimpan k. alamatnya xde yang dapat di simpanlah kalau berbelanja dahulu.


"kemudian akan datang selepas tempoh itu, tujuh tahun kemarau yang besar, yang akan menghabiskan makanan yang kamu sediakan baginya; kecuali sedikit dari apa yang kamu simpan (untuk dijadikan benih),"
(Surah Yusuf:48)

--kemudian akan datang selepas tempoh itu, tujuh tahun kemarau yang besar, yang akan menghabiskan makanan yang kamu sediakan baginya

dari surah yusuf ini, kita di ingatkan supaya bersedia untuk hadapi kemarau. kalau di ikutkan zaman sekarang nie, ada beberapa contohnya:
1. dibuang kerja
2. kemalangan sehingga tidak dapat bekerja
3. sakit
4. kemelesetan ekonomi
5. inflasi

dan di ingatkan dalam tempoh kemarau itu akan habis wang simpanan kita!

-kecuali sedikit dari apa yang kamu simpan (untuk dijadikan benih)

dari ayat ini kta dapat tahu bahawa perlunya sedikit dari yang kita simpan adalah untuk di jadikan modal perlaburan dan modal bisnes yang sesuai.

berapa banyak korang nak kena simpan yea? haa... nie jawapan dia. korang kena peruntukkan 30% dari gaji yang korang dapat tu untuk menyimpan.
dari 30% tu nak simpannya. kenalah pecahkan kepada 20% dan 10%

-10% adalah untuk diri sendiri
selepas kita penat bekerja, kenalah ada reward untuk diri sendiri! tapi reward ini bukan untuk kita berbelanja. tapi untuk kita membeli eset kita atau modal untuk perlaburan atau modal perniagaan.

-20% adalah untuk kecemasan.
bak kata pepatah melayu lama,sediakan payung sebelum hujan. malang tidak berbau. so kenalah bersedia dulu. 20% simpanan ini hendaklah di simpan sehingga bersamaan dengan 6 bulan gaji kita. sesudah cukup nilainya kepada 6 bulan gaji, maka selepas itu simpanlah untuk diri sendiri.

kat mana nak simpan duit nie??

ada 3 kaedah penyimpanan wang ini secara halal.

1. Tabung haji/ASB
2. Akaun perlaburan Mudharabah
3. Akaun simpanan Wadiah

lagi bagus kalau terus di masukkan secara automatik dari bank. x payah pening2 kepala...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan