Tab 1

Tab 1 content.

Tab 2

Tab 2 content.

Tab 3

Tab 3 content.

Selasa, 19 Oktober 2010

wanita VS lelaki (perangai) -1/2-




dah lama tak tulis dalam blog nie... maaf yerk... bz dgn alam pekerjaan yg baru ( sampai demam2 dibuatnya)


topik nie berkaitan dengan lelaki dan wanita.... apa bezanya perangai lelaki dan wanita nie yerk?


1. tegur menegur


-wanita kalau ada yg x kena pada pasangan dia, pasti akan menegur pasangannya... ada sahaja yg hendak ditegurnya walaupun perkara kecil sekalipun. contohnya memakai baju kedut

-lelaki pula hanya akan menegur pasangannya apabila pasangannya agak keterlaluan, contohnya memakai pakaian yg ketat atau melampau pasti akan menegurnya.


kesimpulannya.. wanita kena la menegur tu cara yg halus atau baik, jgn la menegur x kira masa dan tempat. cari masa yg sesuai contohnya bukan di depan rakan2nya, bukan masa moodnya tidak baik, kerana takut jadinya. lagi satu, kurangkanlah teguran tu... jangan la banyak2 yea.. kerana lelaki ada egonya. jgn sampai lelaki bosan dgn anda dan mula mencari yg lain. untuk lelaki pula, kena la terima teguran tu dgn hati yg terbuka.. kalau x dapat ubah sepernuhnya, ubah la sikit2.. wanita menegur nie ntuk kebaikan kita. kita ikut bukan kerana wanita itu queen control, tapi untuk memperbaiki diri sendiri. kalau rasa teguran mereka salah, janganlah ikut pula k.





2. tumpuan


-wanita lebih menumpu kepada aspek perasaan dan kemanusiaan. oleh itu wanita lebih mudah merajuk dan tersinggung dan lebih mudah bersimpati dan sanggup berkorban.

-lelaki pula lebih menumpukan kepada aspek fizikal dan kebendaan. oleh itu lelaki lebih berminat kepada yg cantik dan selesa. contohnya adalah rumah yg besar, kereta yg besar dan benda sesuatu yg boleh di lihat dan di sentuh.


kesimpulannya... wanita kenalah menerima apa yg pasangannya minat, janganlah di katakan mereka membazir dengan membeli kereta yg besar, tukar spot rim, skirting dan spoiler kereta. lelaki pula kenalah faham bahawa mereka memang mudah merajuk dan tersinggung walaupun dengan perkara yg kecil sekali pun. mereka inginkan perhatian dan di manja.


3. mengalah


-bagi wanita mengalah ini adalah tanda pengorbanan dan sayang kepada seseorang.

-bagi lelaki, kerana mengalah itu adalah tanda lemah dan tiada prinsip yg kukuh.


kesimpulannya... wanita janganlah sesekali mencabar atau merendah rendahkan pasangan anda. lelaki pula, walaupun mereka selalu mengalah, tapi kadang kala juga kenalah memahami mereka. jika apa yg kita lakukan adalah salah, cubalah untuk tidak mengulangi kesilapan itu.


-bersambung

Tiada ulasan:

Catat Ulasan