Tab 1

Tab 1 content.

Tab 2

Tab 2 content.

Tab 3

Tab 3 content.

Selasa, 19 Oktober 2010

wanita VS lelaki (perangai) -2/2-




Gerak hati

wanita adalah lebih tajam daripada lelaki. Jadi para suami mesti ingat, jangan cuba membohongi pasangan. sesungguhnya mereka mempunyai deria ke enam!!!

tentang gerak hati, ini adalah kelebihan wanita, kerana mereka lebih cenderung kepada kasih sayang dan amat sensitif dengan keadaan sekeliling. jika ada sedikit perubahan sikap pun mereka pasti dapat mengetahuinya.

menghadapi masalah

-wanita apabila risau atau mengalami ketegangan, akan menceritakan masalahnya kepada orang lain.
-lelaki, mereka lebih kerap mendiamkan diri apabila bermasalah. ini kerana mereka seboleh bolehnya akan menyelesaikan masalah itu sendiri.

boleh dilihat sebagai lelaki, kenalah menjadi pendengar yg setia kepada masalah mereka, walaupun merasakan perkara itu remeh tapi kenalah menunjukkan minat kepada masalah yg mereka luahkan. Dengan ini, wanita kan menghargai anda. Bagi wanita pula, jika lelaki tidak mahu menceritakan masalah mereka, janganlah dipaksa paksa untuk mengetahuinya. kerana bagi lelaki, tidak mendapat menyelesaikan masalah merendahkan ego mereka. seboleh bolehnya tunggulah lelaki sendiri yang meberitahu apa masalah mereka.



Kesetiaan

-wanita. Seseorang lelaki tidak perlu khuatir tentang kesetiaan pasangannya. Sebab wanita, apabila menyayangi seorang lelaki, akan menutup hati dan pemikirannya terhadap lelaki lain.
-lelaki. Orang lelaki pula lebih fleksibel. dan kesetiaan mereka bukan sahaja terhadap pasangannya, malah boleh juga merangkumi sahabat sahabat mereka, ibu bapa mereka.

Imej

-wanita mudah jadi marah, cemburu dan merajuk apabila imej dirinya menurun.
-lelaki akan menjauhkan diri apabila imej dirinya tergugat.

Emosi

-lelaki. Emosi lelaki ibarat getah, orang lelaki jika marah atau merajuk biasanya tidak lama sekitar dua atau tiga jam saja.
-wanita. emosi wanita ibarat ombak. Marah atau merajuk perempuan, agak lama ada kalanya berhari-hari, malah berminggu-minggu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan