Tab 1

Tab 1 content.

Tab 2

Tab 2 content.

Tab 3

Tab 3 content.

Rabu, 24 Ogos 2011

Kehidupan dan Wang a.k.a Duit

Semenjak kerja kilang nie, asyik dalam dilema jea. Dilema antara kehidupan dan wang.

bunyi macam pelik kan? tapi ini lah realiti kehidupan. untuk mendapat duit lebih, kita perlu korbankan kehidupan kita, masa kita. Orang tua tua kata, masa x boleh di beli dgn wang. Tapi kenapa kita gunakan masa kita untuk membeli wang?



wang bukanlah segala galanya, tapi segala galanya perlukan wang! ayat sentap untuk diri sendiri. Kalau gaji 4-5 ribu pun. kalau hidup pergi kerja, balik kerja tido, berbaloi kah? memang x jumpa orang dan dah tak macam orang dah.

Ini antara beberapa sebab aku rasa kenapa aku pilih kehidupan dari wang.

1. MasaDengan kerja 12 jam sehari, aku tak ada masa untuk kawan kawan, tak ada masa untuk keluarga. dan yang paling penting ialah takde masa untuk diri sendiri. Rasa macam dah jadi alien yang duduk di dalam dunia sendiri jea. Aku rindukan masa dengan kawan kawan dan sahabat aku. Apalah cerita diorang nie yea... hurmm

2. KesihatanSemenjak setahun bekerja Shift 12 jam nie, masa tido aku tak tentu, rasa2 kalau ada jam randik dalam badan nie, mau dah lama rosak kot. siang jadi malam dan malam jadi siang. Sebab tu la aku asyik sakit sakit jea. Ada la sahabat baik aku nie cakap aku dah terkena pencemaran elektronik. sebabnya, aku sentiasa berada kawasan yg mempunyai elektrostatik yang timggi. dan elektrostatik ini menarik debu2 di sekeliling dan menyumbat liang roma kita. dari itu maka terkumpullah toksik dalam badan kita nie. Dengan banyaknya toksik dalam badan kita maka sistem pertahanan dalam badan akan lemah. so senang lah kena penyakit...
Hebat tak teori sahabat aku nie? mcm tak percaya jea aku dengar.... hehehehe

3. Matlamat Hidup
Matlamat Hidup ini awal2 lg dah tuju pada kehidupan, sape yang tak nak cari duit kan? tp hidup nie kena la seimbang, tak mahu aku korban kan salah satu darinya. biar aku ada wang dan kehidupan. itu yang penting.

Kesimpulannya, kalau rasa cara yg di lakukan ini tak sesuai, apa salahnya mencari jalan dan kaedah yang lain kan? harap harap la di beri perluang dan kesempatan untuk memilih kehidupan yang lebih baik.... amin :)

Isnin, 24 Januari 2011

keajaiban

someone once said
that there are two way to live
living as if there are no miracles
and living as if everything is a miracles
ayat2 yg penuh bermakna, kalau di alih bahasakan
seseorg pernah berkata
ada dua cara untuk hidup
hidup seperti tidak akan ada keajaiban
dan hidup seperti semuanya adalah keajaiban