Tab 1

Tab 1 content.

Tab 2

Tab 2 content.

Tab 3

Tab 3 content.

Sabtu, 27 November 2010

Ku Mencari Keberkatan Dalam Hidup

Setelah dapat kerja nie, mula la nak mengidamkan kereta, mengidamkan handphone canggih, mengidamkan kemera DSLR dan Rumah.


Dan semuanya ada kaitan dengan duit kan? so aku mula la merajin2kan diri membaca buku merancang kewangan...dalam2 banyak tajuk yg di baca, tertarik dgn bab riba.

apa itu riba? jom kita study sikit pasal riba nie yerk.. sama2 lah mencari ilmu




. Maksud Riba’.

- Pada bahasa ialah bertambah atau subur.
- Pada Syarak ialah aqad bagi sesuatu pertukaran barang-barang yang tertentu tetapi tidak diketahui persamaannya menurut kiraan syarak ketika aqad atau diketahui persamaannya dengan menggunakan kedua-dua pertukaran itu atau salah satu dari keduanya.

2. Riba’ terbahagi kepada tiga bahagian :-

a) Riba’ Al-Fadhl – riba yang dibayar lebih pada satu pihak yang menukarkan barang.
Contohnya : Satu kilo beras mahsuri ditukar dengan satu kilo beras yang lain ( berlainan kualiti dan jenis ).

b) Riba’ Al-Yad - riba’ yang dibayar lebih kerana tidak diterima dalam majlis aqad jualbeli.
Contohnya : Seseorang yang beraqad sebanyak RM 100.00 tetapi
apabila diluar aqad dibayar RM 105.00.

c) Riba’ Al-Nasi’ah – riba’ yang dibayar lebih kerana dilewatkan pembayarannya.
Contohnya : Pinjaman sebanyak RM 100.00 maka dibayar balik
RM 120.00

3. Dalil-dalil pengharaman riba’

- Firman Allah s.w.t yang bermaksud :
“Allah telah menghalalkan jualbeli dan mengharamkan riba’. ”
( Surah Al – Baqarah – Ayat 275 )

- Firman Allah s.w.t yang bermaksud :
“Wahai orang-orang yang beriman janganlah kamu makan riba’ yang berganda-ganda dan takutlah kamu kepada Allah s.w.t mudah-mudahan kamu mendapat kemenangan.”
(Surah Ali Imran – Ayat 130)

- Sabda Rasullah s.a.w yang bermaksud :
“Allah s.w.t telah melaknatkan orang yang makan riba’ orang yang berwakil padanya dan jurutulisnya dan saksi-saksinya dan mereka berkata mereka itu sama sahaja. “
(Riwayat Muslim)

4. Hikmah diharamkan riba’

- Riba adalah merupakan satu penindasan dan pemerasan terhadap orang-orang miskin kerana yang miskin bertambah miskin, fikirannya bertambah bimbang kerana memikirkan tentang bagaimana hendak membayar hutangnya yang sentiasa bertambah bunganya bila lambat dibayar.
- Pihak yang memakan riba’ akan bertambah kaya dan senang.
- Riba’ akan mendorong pemakannya hidup senang-lenang tanpa bekerja dan berusaha sedangkan Islam menggalakkan umatnya untuk berusaha dan bekerja.
- Riba boleh merenggangkan merosakkan perhubungan di antara orang kaya pemakan riba’ dengan orang miskin seterusnya akan menimbulkan kekacauan di dalam masyarakat dan negara timbullah di sana-sini rompakan, pembunuhan dan sebagainya.



5. Syarat-syarat penjualan barang-barang untuk mengelakkan riba’ :-

- Barang yang sama jenis:-

a) Hendaklah sama sukatan atau timbangan keduanya.
b) Hendaklah sama dengan tunai.
c) Hendaklah berterimaan di dalam majlis aqad.

- Barang yang tidak sama jenis:-

a) hendaklah dengan tunai.
b) hendaklah berterimaan di dalam majlis aqad.

6. Jika barang pertukaran itu berlainan jenis seperti beras dan wang dan sebagainya tidak dikenakan apa-apa syarat dan boleh dijualbeli sebagaimana dalam persetujuan antara kedua pihak.


( Rujukan Kitab - Kitab Matla’al Badrain – Syeikh Daud Fattani )



baru la tahu, sebenarnya pinjaman bank itu riba, insuran itu riba. dan dapat tahu riba itu adalah sgt berat!

kenapa aku kata berat? sebab siapa yg memberi riba, menerima riba dan membuat dokumen riba akan terjerumus ke api neraka. x berat ke mcm tu?

bila tahu perkara nie, mula la terdetik dalam hati, Ptptn pun ada unsur riba! x berkat la aku berlajar nie... tp bg sesiapa sudah terlibat dgn riba, kenalah segera bertaubat dan tidak mengulanginya...

tetapi jangan risau, islam itu indah dan tidak menyusahkan... kerana ada caranya... setelah membaca dan mencari maklumat untuk mengelakkan riba. rupanya ada cara lain, iaitu islamic banking. sistem jual beli murabahah untuk membeli rumah, kereta dan pinjaman peribadi, sistem takaful untuk perlindungan di masa hadapan dab juga perlaburan dalam islam.

kalau nak cerita pasal benda2 nie memanglah panjang sesangat. so wat masa nie cuma nak ingatkan diri sendiri tentang riba dan mengelakkan lah diri dari riba...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan