Tab 1

Tab 1 content.

Tab 2

Tab 2 content.

Tab 3

Tab 3 content.

Ahad, 3 Oktober 2010

kunci kebahagiaan rumah tangga sama dengan kunci kira kira!!! betul ke??



terpanggil untuk menulis di sini bila terbaca berita kadar penceraian di malaysia meningkat! oh.. bunyi mcm biasa jea.. tp bila start baca.. statistik mengatakan setiap 6.1 pasangan yg kahwin, akan ada 1 kes penceraian... di manakah silapnya??? dan kebanyakkannya yg bercerai berumur di antara 20-30 thn..



berhubung dengan isu nie... terpikir juga kenapa yerk... ku cuba wat rumusan yg x seberapa nak rumus dari pandangan aku sendiri...



kewangan = kunci kira kira



masa sibuk sibuk bercinta tu.. semua memang indah... tp dah cukup persediaan ke kita dari segi kewangan?

jom buat kira2 yerk!



majoriti pasangan yg kahwin kedua duanya bekerja



gaji suami + gaji isteri = rm2300 + rm2000 = rm4300 (andaian sahaja)



duit mkn 1 bulan: rm 20 x 30 hari = rm600 ( ada 2 org anak )

duit bg parents = rm 400

duit bayar ptptn = rm 300

duit bayar kereta = rm 590 (myvi ezi)

duit minyak : seminggu budget x 4 = rm 50 x 4= rm 200

duit tol = rm 50

duit umah = rm 1300 ( rumah harga rm 170k bayar selama 20 thn)

maintanance keta = rm 100

bil letrik + air + tel+ internet = rm 120 + rm 50 + rm 60 + rm 110 = rm 340

loan kahwin = rm200 ( pinjam rm 15k ambil 9 thn, btul ke?)

berlanja sek anak2 = 2 org x rm2 x 30 hari = rm 120



jumlah semuanya = rm 4200 !!!



kira2 nie andaian sahaja dan di ambil kira oleh kelompok serdahana... banyakkan???

klu rasa2 tiap bula duit terlebih budget jea mcm mana? mesti ada masalah nanti..

ada jea hutang2 yg tertunggak. dan mula la suami isteri kerja lebih masa sebab nak cari duit lebih..



duit tambahan = kerja lebih = xde masa dgn keluarga



bila xde masa tu, mula lah hubungan renggang, tekanan kerja bertambah, anak2 terabai dan sebagainya..

kesimpulannya kehidupan tidak terurus dan kucar kacir...



dan bila semua ini dicampur di gaul dan di uli dengan sebati.. maka timbul lah perasaan cepat marah, dan sensitif

dan akhirnya bergaduh selalu...



bila dah sampai tahap kemuncak pergaduhan.. mula la masing merasa diri tiada keserasian, dah tiada kasih sayang, dah terasa di abaikan, dan mula mencari sumber kasih yg lain ( pasangan lain) dan akhirnya cerai!!!



huhuhuhu... nie salah satu punca sahaja.... tp munhkin faktor utama...

untuk mengelaknya.. pasangan kenalah merancang kewangan dengan betul,

klu xtau nak wat camne... merujuk lah kepada LKPK untuk mendapat kaunseling bg pengurusan kredit dan merancang kewangan...

(hehehe mcm promote lak!!) rasanya perkhidmatan mereka adalah percuma!!



ok lah, itu jea nak tulis... sebenarnya banyak nk di cerita tapi dah mengantuk dah nie.. mau tido..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan