dah lama tak tulis dalam blog nie... maaf yerk... bz dgn alam pekerjaan yg baru ( sampai demam2 dibuatnya)
topik nie berkaitan dengan lelaki dan wanita.... apa bezanya perangai lelaki dan wanita nie yerk?
1. tegur menegur
-wanita kalau ada yg x kena pada pasangan dia, pasti akan menegur pasangannya... ada sahaja yg hendak ditegurnya walaupun perkara kecil sekalipun. contohnya memakai baju kedut
-lelaki pula hanya akan menegur pasangannya apabila pasangannya agak keterlaluan, contohnya memakai pakaian yg ketat atau melampau pasti akan menegurnya.
kesimpulannya.. wanita kena la menegur tu cara yg halus atau baik, jgn la menegur x kira masa dan tempat. cari masa yg sesuai contohnya bukan di depan rakan2nya, bukan masa moodnya tidak baik, kerana takut jadinya. lagi satu, kurangkanlah teguran tu... jangan la banyak2 yea.. kerana lelaki ada egonya. jgn sampai lelaki bosan dgn anda dan mula mencari yg lain. untuk lelaki pula, kena la terima teguran tu dgn hati yg terbuka.. kalau x dapat ubah sepernuhnya, ubah la sikit2.. wanita menegur nie ntuk kebaikan kita. kita ikut bukan kerana wanita itu queen control, tapi untuk memperbaiki diri sendiri. kalau rasa teguran mereka salah, janganlah ikut pula k.